KEKAL Aktif Ramadan ini, Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam pada 24 Mac telah mengadakan program Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk Rahmah Kasih Sayang.
Dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik, Sukarelawan Sahabat Hospital Daerah Sabak Bernam dan Duta Kenali Ubat Anda Hospital Tengku Ampuan Jemaah, mereka mengedarkan 500 pek Bubur Lambuk kepada komuniti sekitar.
Terdahulu bubur berkenaan di masak di kediaman seorang ahli jawatankuasa SAY Sabak Bernam, Puan Amnah Ahmad di Sungai Leman, Sekinchan.
Antara yang disantuni ialah kakitangan unit kecemasan Hospital Tengku Ampuan Jemaah, unit pentadbiran, unit farmasi serta tidak ketinggalan pengawal keselamatan hospital.
Keluarga yang menziarahi dan menemani pesakit, pusat tahfiz, mualaf serta asnaf juga menerima agihan ini.
Dalam program yang sama, Duta Kenali Ubat Anda juga mengedarkan buku panduan cara penyimpanan dan penggunaan ubat di rumah.
Hadir ke program ini ialah Pengerusi SAY Sabak Bernam, Puan Hasnah Johari.
SAY Sabak Bernam berharap gandingan dan kerjasama mantap badan bukan kerajaan di Sabak Bernam ini akan berterusan selepas ini untuk manfaat masyarakat.
KOMEN