PULAU Perhentian menjadi lokasi seterusnya program bersama masyarakat oleh YADIM Terengganu Ramadan ini.
Program pada 22 Mac ini menyaksikan YADIM Terengganu ke Pulau Perhentian bagi menyampaikan bantuan pakaian sekolah yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 70 orang murid warga pulau berkenaan.
Turut sama membantu menjayakan program ‘Madani Care’ anjuran YADIM Terengganu ialah En Zainudin Mohd, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pulau Perhentian.
Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dalam ucapannya menyeru warga pulau untuk memanfaatkan bulan Ramadan dengan memperbanyakkan doa dan amal.
Kegembiraan ibu bapa menerima bantuan pakaian sekolah terserlah dari wajah ceria mereka melihat anak-anak mencuba bantuan pakaian yang diberi.
Ibu bapa yang ditemui menzahirkan rasa berterima kasih dan syukur atas keringanan bebanan yang ditanggung seiringan keperluan menyediakan barangan sekolah, berpuasa dan hari raya yang berlaku secara serentak.
Mereka juga mengalu-alukan kehadiran YADIM Terengganu ke perkampungan mereka dengan lebih kerap lagi.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara – PM Anwar
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari supaya
KOMEN