PUTRAJAYA – Kembara Tazkirah YADIM sempena program Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360) diteruskan ke Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri di sini pada 28 April.
Kali ini selama sejam bermula 9.30 pagi, pegawai YADIM Ustaz Arif Adzwan Mohd Ali, berkongsi mengenai tajuk Hikmah Dalam Kehidupan, yang menyentuh berkaitan dengan integriti dan larangan untuk memberikan sebarang kenyataan yang tidak tepat terutamanya di media sosial.
Perkongsian ini seiring dengan hasrat BHEUU sendiri yang mahu mewujudkan kakitangan yang sentiasa berdisiplin dan menjaga etika sepanjang bertugas. Lebih 50 kakitangan BHEUU hadir ke program ini.
YADIM turut membuka reruai Dana Infaq di dalam program tersebut bagi mempromosikan tabung infaq YADIM kepada masyarakat umum khususnya Kempen 1 Minggu 1 Ringgit yang sedang dilaksanakan bagi tahun 2021.
Program ini diselaraskan oleh Bahagian Pelaburan dan Penajaan, Sektor Kewangan YADIM.
KOMEN