Home » Citra Yadim » Program Jejak Menara bermula

Program Jejak Menara bermula

PUTRAJAYA 15 Mac – Program Jejak Menara yang mula dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) setiap tahun sejak 2014 lalu, akan diteruskan pada tahun apabila dengan melibatkan 11 lokasi di seluruh negara.

Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda), Zamani Karulani berkata, program Jejak Menara kali ini turut mengekalkan kumpulan sasar yang sama seperti tahun lepas iaitu pelajar-pelajar matrikulasi.

“Program ini mendapat kerjasama daripada Bahagian Matrikulasi,  Kementerian Pendidikan dan akan dijalankan serentak di 11 kolej matrikulasi di seluruh negara pada 18 Mac ini,’’ katanya.

Beliau berkata, antara kolej matrikulasi yang terlibat dalam program ini adalah  Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Matrikulasi Perlis, Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kolej Matrikulasi Perak dan Kolej Matrikulasi Selangor.

Selain itu katanya, Jejak Menara 2017 juga akan diadakan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Melaka, Kolej Matrikulasi Johor, Kolej Matrikulasi Kelantan dan Kolej Matrikulasi Pahang.

Menurutnya, objektif program ini ialah untuk membentuk jati diri para peserta bagi mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa yang jelas dengan hala tuju kehidupan mereka sepanjang pengajian di universiti dan selepas tamat belajar.

“Program ini memberi pendedahan kepada para peserta akan realiti kehidupan di universiti supaya bijak menghadapi cabaran yang mungkin terpaksa ditempuhi sebagai seorang pelajar di pusat pengajian tinggi,’’ katanya.

Di samping itu, jelasnya, program berkenaan juga  dapat membentuk keyakinan dan kesedaran pada diri para peserta peripentingnya perancangan yang betul dalam menentukan halatuju seorang mahasiswa Muslim demi agama dan negara.

Menurutnya, para peserta juga akan diberi pendedahan dengan cabaran-cabaran yang bakal mereka tempuhi untuk mengelakkan kejutan budaya dan pemikiran.

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *