Home » Citra Yadim » Program Jalinan Muhibah Madani Tahun Baharu Cina 2025

Program Jalinan Muhibah Madani Tahun Baharu Cina 2025

LENSA Sekitar penglibatan YADIM Negeri Selangor dalam Program Jalinan Muhibah Madani Tahun Baharu Cina 2025 di Bangunan Persatuan Hokkien Klang pada 16 Februari.
Disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naím Mokhtar, program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama YADIM, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Hidayah Centre Foundation, Jabatan Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Selangor, Institut Kefahaman Islam Malaysia, TV Al-Hijrah, Yayasan Taqwa Wilayah persekutuan, PERKIM, MyFundaction dan ramai lagi.
Pengisian program termasuklah sesi Dialog Harmoni bertajuk : Memupuk Keharmonian Agama Asas Perpaduan Masyarakat Madani yang menampilkan Yang Dipertua badan bukan kerajaan IKRAM, Dr Muhammad Azhar Zailani sebagai moderator dan Pengerusi MACMA Wilayah Persekutuan, Dr Haji Ann Wan Seng serta pendakwah bebas Bro Shah Kirit Bin Kakulal Govindji selaku ahli panel.
Dr Muhammad Azhar dan Dr. Haji Ann Wan Seng merupakan ahli Majlis Amal Islami Malaysia YADIM Selangor.
Hadir sama ke program ini ialah Ketua Pengarah JAKIM, Dato’dr.Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah Kanan Dakwah, Dr. Muhammad Yamin Ismail, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Presiden MACMA, Prof. Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin.
Tidak ketinggalan ialah Ketua pegawai Eksekutif Hidayah Centre Foundation, Encik Joannes Lukas, Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof, ketua-ketua agensi dan rakan penganjur.
Sebagai antara inisiatif melestari gerakan dakwah di negara ini, YADIM terlibat dengan pelbagai program memupuk keharmonian antara pelbagai kaum di negara ini sejak dahulu lagi.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *