PASIR PUTEH – Sebagai persediaan menjelang Ramadhan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan mula melaksanakan program program bagi menyambut bulan mulia tersebut.
Pada 2 April, YADIM Kelantan mengadakan kuliah Maghrib bertajuk “Persediaan Menyambut Ramadhan” di masjid Permatang Sungkai sempena program Irsyad 360.
Kuliah disampaikan oleh Ustaz Haji Baharin Yusoff, Imam tua Masjid As Salam, Pengkalan Chepa
Turut hadir Imam Tua Masjid Permatang Sungkai, Ustaz Abd Rahim Jaafar.
Seramai 100 ahli kariah hadir mendengar kuliah yang disampaikan.
Irshad 360 ialah program YADIM sebagai pengisian mengimarahkan bulan Ramadhan tahun ini.
KOMEN