Home » Citra Yadim » Program Ihya’ Ramadan Peringkat YADIM Negeri Terengganu

Program Ihya’ Ramadan Peringkat YADIM Negeri Terengganu

KONSISTEN Melestari gerakan dakwah, YADIM Terengganu bersama Rejimen 512 Askar Wataniah, Kem Padang Midin telah bekerjasama melancarkan Program Ihya’ Ramadan Peringkat YADIM Negeri Terengganu pada 6 Mac.
Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Komander Rejimen 512 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Ahmad Azahari Jamaludin mewakili Komander pasukan, YAM Tengku Seri Temenggong Raja Briged Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Program dimulakan dengan slot Bicara Dakwah Ambang Ramadan oleh Mantan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, merangkap Zamalah YADIM Negeri Terengganu, Prof. Madya Dr. Ahmad Marzuki Mohamad dengan tajuk ‘Madrasah Ramadan ; Motivasi Penjawat Awam’.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi perasmian yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin sebelum disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Kolonel Ahmad Azahari.

Hadir sama ke majlis ini ialah pegawai-pegawai dan Anggota Rejimen 512 Askar Wataniah serta YADIM Negeri Terengganu.

Artikel Berkaitan

Hormati Ijtihad Ulul Amri

PARA Ulama’ mempunyai peranan khusus mereka ketika memberi pandangan berdasarkan ilmu mereka, manakala para pemimpin Ulul Amri mempunyai kuasa membuat keputusan selepas

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *