Home » Langit Terbuka » Program Haji 1MDB Dihentikan

Program Haji 1MDB Dihentikan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya mengambil pendirian sedemikian berikutan kes 1MDB masih lagi dalam siasatan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bertegas progam penajaan ibadah haji di bawah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya mengambil pendirian sedemikian berikutan kes 1MDB masih lagi dalam siasatan.

“Program khas haji tajaan Yayasan 1MDB mula dilaksanakan pada 2011 sehingga 2017 telah melibatkan seramai 5,711 jemaah haji dengan kos lebih RM56 juta setakat ini.

“Bagaimanapun, ingin kita tegaskan, program ini tidak akan diteruskan memandangkan sumber dana ini masih dalam siasatan pihak berkuasa ketika ini walaupun seramai 1,200 telah menerima surat daripada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menunaikan ibadah haji.

“Dana 1MDB masih lagi dalam siasatan dan kita tidak akan teruskan program itu,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang mahu mengetahui status program tersebut dan adakah kerajaan mempunyai alternatif lain menghantar jemaah terbabit secara percuma melalui sumber dana lain.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada majlis di Tokyo berkata, kerajaan tidak lagi akan menghantar jemaah untuk menunaikan haji dengan menggunakan wang yang dicuri.

Bagaimanapun, Najib berkata, jemaah yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka menunaikan rukun Islam ke-5 itu adalah daripada sumber yang halal. – MALAYSIAGAZETTE

https://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/07/30/program-haji-1mdb-dihentikan/

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *