Home » Citra Yadim » Program gunting rambut percuma YADIM Negeri Terengganu

Program gunting rambut percuma YADIM Negeri Terengganu

SEMPENA Sesi persekolahan yang akan dibuka di Terengganu pada 16 Februari, Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Losong Atap Zin, Masjid Makmur, Sukarelawan YADIM Losong dan YADIM Negeri Terengganu telah menganjurkan program gunting rambut percuma.
Bertempat di Dewan Haji Wan Kamal, Kampung Losong Datuk Amar, Kuala Terengganu pada 15 Februari, program ini menyaksikan seramai 100 orang pelajar telah menyertainya yang bertujuan membantu persiapan keluarga asnaf yang memerlukan untuk sesi persekolahan kali ini.
Selaku penganjur bersama, JPKKP Kampung Losong Atap zin membiayai kos untuk perkhidmatan menggunting rambut berkenaan manakala pihak YADIM Negeri Terengganu menaja kos makanan dan minuan ketika program. Masjid Makmur pula meyediakan fasiliti bagi menjayakan program ini.
Selain program perkhidmatan gunting percuma, Encik Bukhari Ayob selaku Pengerusi JPKKP Kampung Losong Atap Zin menyerahkan 1,200 air botol kepada Imam Masjid Makmur selaku Ketua Pasukan Sukarelawan YADIM Losong, Ustaz Ubaidillah Mamat bagi menyantuni jemaah yang menunaikan solat terawih sempena Ramadan 1446H tidak lama lagi.
Hadir sama ke program ini ialah penyelaras program dari YADIM Negeri Terengganu, Encik Syamsul Firdaus Shamsuddin bersama 15 sukarelawan YADIM Losong yang turut hadir membantu menjayakan program hari ini.
Rakan badan bukan kerajaan Mycare juga hadir dan memberi penerangan berkenaan keadaan semasa di Palestin.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *