CAKNA Dengan sesi persekolahan yang bakal dibuka semula tidak lama lagi, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat mengambil inisiatif menganjurkan program gunting rambut percuma pada 11 Februari.
Menyasarkan keluarga yang kurang berkemampuan, ia diadakan di Kedai Gunting Rambut Ceria di Jalan Bunga Raya, Kampung Sijangkang.
Seramai 25 kanak-kanak yang menyertai program ini turut menerima cenderahati daripada SAY Kuala Langat.
Ibu bapa yang hadir dalam program ini mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan menerusi penganjuran program ini.
Walaupun sekadar program ringkas, namun ia nyata membantu sedikit sebanyak meringankan beban keluarga kanak-kanak yang terlibat.
Hadir dalam program ini ialah Ketua Koordinator SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin bersama ahli jawatankuasanya.
KOMEN