Home » Citra Yadim » Program Dialog Silang Budaya di Masjid Sultan Iskandar

Program Dialog Silang Budaya di Masjid Sultan Iskandar

SAMBUTAN Baik program Dialog Silang Budaya di Masjid Sultan Iskandar baru baru ini meneruskan momentum bagi penganjuran siri kedua program yang sama hari ini (16 Julai).

Kali ini seramai 65 dewasa 75 orang kanak kanak Tionghua menyertai program silang budaya berkenaan.

Program ini dimulakan dengan sesi dialog bersama peserta manakala untuk kanak kanak pula dilibatkan aktiviti mewarna.

Sesi Dialog dikendalikan oleh Dr. Jay Suman, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, yang juga merupakan Sukarelawan Pendakwah Bahasa Mandarin YADIM Johor dan pada masa yang sama, ahli Persatuan Cina Muslim Malaysia Johor.

Selain penerangan asas mengenai Islam, peserta juga ditunjukkan cara cara berwuduk secara teori dan praktikal.

Para peserta juga dibawa melawat ruang solat utama masjid dan Islamic Information Centre yang mengandungi pelbagai maklumat berkaitan dengan Islam.

Di akhir program, mereka diberi peluang bermain permainan tradisional seperti congkak, tengteng, batu seremban dan sepak yem.

Program ini ini adalah anjuran bersama YADIM, MACMA, Masjid Sultan Iskandar, PERKIM , ABIM, Hidayah Centre dan Parenthood Johor Bahru.

Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah hadir ke program ini bersama Pengerusi MACMA Johor, Tuan Haji Saiful Choo Abdullah, Pengerusi Hidayah Centre, Dr. Zulfikli Khair dan Pengasas Parenthood Johor Bahru, Puan Jamie Tan.

Seramai 63 orang dewasa 80 kanak – kanak menyertai program yang sama di masjid ini pada 8 Julai lalu.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *