TERUS Turun padang menyantuni mangsa banjir, YADIM dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Dato Razali Ismail telah mengadakan program Cuci Cuci membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja, Dungun pada 29 Januari.
Seramai 60 Rakan Siswa YADIM turun padang ke program ini membersihkan sekolah berkenaan yang dilanda banjir baru baru ini.
Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin hadir sama ke program ini.
Badan dakwah ini turut mendirikan Musolla YADIM untuk kegunaan mangsa banjir beribadah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Pasir Raja dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan agensi kerajaan serta lain lain sukarelawan.
Pada masa yang sama, YADIM juga menyumbang 200 pek nasi lemak untuk sukarelawan bertugas dan bahan mentah untuk dimasak di PPS tersebut.
Sukarelawan YADIM juga akan berkampung selama tiga hari di Hulu Dungun bagi membantu mangsa banjir dalam sebarang bentuk yang diperlukan.
KOMEN