LENSA Program CNY Bersama Komuniti Cina Muslim Dan Bukan Muslim di Pusat Harmoni Pulau Pinang pada 17 Februari.
YADIM Pulau Pinang dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Pulau Pinang merupakan antara yang terlibat menjayakan program peringkat Negeri Pulau Pinang ini.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, Yang Berhormat Lim Siew Khim.
Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Mohd Hanif Omar, pimpinan Pusat Harmoni Pulau Pinang, pimpinan Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang serta Pimpinan MACMA Pulau Pinang.
Majlis tersebut turut diserikan dengan pertunjukan Tarian Singa, cabutan bertuah dan gimik menggaul Yee Sang.
KOMEN