BATU KURAU – Selepas Kuala Langat, Selangor dan Gambang, Pahang, program menyantuni golongan memerlukan sempena pembukaan sekolah, Back To School YADIM diadakan pula di sini.
Bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Perak, sebanyak 50 beg sekolah diagihkan bagi menyantuni pelajar yang memerlukan di sini.
Turut disampaikan ialah 10 set penjagaan kebersihan kepada pengawal bertugas di pondok keselamatan.
Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Azhar Yahya.
Turut hadir ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kampung Perak, Mohd Juhari Harun, Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Muhammad Muzzammil Musbah dan Koordinator Sukarelawan YADIM Batu Kurau, Kamariah Baharom.
Sumbangan beg sekolah di sini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk menyampaikan 1,000 beg sekolah kepada pelajar yang memerlukan.
Dalam pada itu, selesai program di Sekolah Kebangsaan Kampung Perak, Ustaz Azhar telah meluangkan masa melawat tapak pembinaan surau di Kampung Klian Chine, Batu Kurau meninjau perkembangan pembangunannya.
KOMEN