PARIS 2 Feb. – Ahli Akademik terkenal warga Sweden, yang juga seorang profesor pengajian Islam di University Oxford, ditahan polis Perancis berikutan tuduhan merogol, kata sumber perundangan hari ini.
Sumber berkata, siasatan awal dibuka selepas dua aduan difailkan terhadap Ramadan, seorang tokoh terkenal di Asia Barat. Dia adalah cucu kepada pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Hassan al-Banna.
Ramadan mengambil cuti dari Oxford sejak November lalu selepas dua wanita memfailkan aduan rogol di Perancis.
Dia menafikan tuduhan itu dan memfailkan aduan fitnah terhadap penulis Henda Ayari, seorang daripada wanita yang menuduhnya. – Reuters
KOMEN