ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa komuniti global menentang Islamofobia susulan serangan berdarah di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada minggu lalu.
Recep menyifatkan serangan yang berlaku di dua masjid berkenaan sebagai sebahagian daripada serangan meluas terhadap orang Islam dan menuntut Barat untuk melancarkan lebih banyak propaganda anti Islam.
“Sama seperti masyarakat yang menentang anti Semitik, komuniti global juga perlu melawan Islamofobia yang semakin meningkat dengan cara yang sama.
“Ketika ini, kita menghadapi kebencian Islamofobia dan Islam yang ketara,” katanya. – AFP
KOMEN