Home » Citra Yadim » Presiden RSY terima watikah Dewan Muda Johor

Presiden RSY terima watikah Dewan Muda Johor

JOHOR BAHRU – Presiden Rakan Siswa Yadim (RSY), Ifirdaus Ithanin telah menerima watikah perlantikan sebagai ahli Dewan Muda Johor.

Watikah telah disampaikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dalam satu majlis di sini pada 7 Mac.

Pelantikan tersebut adalah untuk sesi 2020 – 2021.Ifirdaus merupakan presiden RSY bagi sesi yang sama.

Beliau bergiat aktif dalam pelbagai program dakwah YADIM diperingkat mahasiswa sejak 2015.

Dewan Muda Johor adalah platform terbuka dan bebas yang mengumpulkan anak muda Johor dari pelbagai latar belakang bagi membincang & membahaskan usul berkaitan dasar serta polisi kerajaan Johor dan Malaysia.

Ia berperanan sebagai platform untuk orang muda menyuarakan idea dan pandangan melalui usul-usul dan ketetapan yang dibuat.

Pewujudan Dewan Muda Johor hampir menyamai konsep Parlimen Belia di 33 buah negara seperti Australia, United Kingdom, New Zealand dan Filipina.

Semoga dengan pengiktifaran dan pencapaian membanggakan ini menjadi sumber inspirasi kepada mahasiswa-mahasiswa yang lain terutama ahli-ahli RSY di seluruh negara.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *