Home » Langit Terbuka » PPIS Minta Pihak Berwajib Ambil Inisiatif Sewajarnya Pelihara Masjid Kota Kinabalu

PPIS Minta Pihak Berwajib Ambil Inisiatif Sewajarnya Pelihara Masjid Kota Kinabalu

Kelihatan dua pelancong asing naik di atas pagar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan menari aksi seksi

KOTA KINABALU – Pertubuhan Penyatuan Islam Sabah (PPIS) menyarankan pihak berwajib mengambil insiatif sewajarnya bagi memulihara kesucian Masjid Kota Kinabalu daripada terus dicemari oleh pelancong asing yang tidak beretika.

Yang Dipertua PPIS Datuk Nani Sakam berkata insiden dua pelancong asing yang menari di atas tembok pagar Masjid Kota Kinabalu yang tular di media sosial baru-baru sepatutnya tidak berlaku.

“Kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak memandangkan perkara itu perlu diperhalusi sebaik mungkin termasuk menggariskan panduan semula kedatangan pelancong untuk merakamkan foto atau bergambar dengan masjid yang menjadi tarikan ramai itu.”

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku, kerana ini akan menjejaskan sensiviti umat Islam khususnya di negeri Sabah,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu mengenai perkara itu, di sini hari ini.

Beliau berkata insiden dua pelancong asing yang dilaporkan membuat tarian seksi di atas pagar perkarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu itu telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di Sabah.

“Jadi tujuan kita membuat laporan polis pada hari ini adalah untuk meminta pihak berkaitan khususnya Kementerian Pelancongan Negeri agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua individu berkenaan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah turut mengutuk tindakan di luar batas dan tidak ​​​sesuai oleh dua pelancong asing yang menari di atas tembok pagar Masjid Kota Kinabalu.

Pembantu Menteri Assafal Alian berkata, perbuatan pelancong asing terbabit di kawasan rumah ibadat itu sebagai tidak menghormati orang Islam serta layanan baik yang Sabah berikan kepada mereka.

​​​​​Berikutan kejadian itu juga, pihak pengurusan masjid tersebut telah mengeluarkan larangan sementara kepada semua pelawat warga asing. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *