Home » Langit Terbuka » Ponteng sekolah petanda gangguan mental

Ponteng sekolah petanda gangguan mental

Ibu bapa perlu peka apabila mereka tiba-tiba mengamuk, ponteng sekolah tanpa diketahui sebab, tidak mengendahkan orang di sekeliling atau berhenti melakukan perkara yang menjadi kegemaran, kata Ketua Jabatan Psi­kiatri, Pusat Pe­ngajian Sains Perubatan (PP­SP) Kam­pus Kesihatan Universiti Sains Malaysia

KOTA BHARU – Ibu bapa tidak boleh mengambil mudah apabila anak-anak ponteng sekolah kerana perbuatan itu mungkin petanda gangguan kesihatan mental yang boleh membawa kesan lebih buruk pada masa hadapan.

Ketua Jabatan Ps­kiatri, Pusat Pe­ngajian Sains Perubatan (PP­SP) Kam­pus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Asrenee Ab. Razak berkata, ujian saringan kesihatan mental di klinik dan hospital sangat penting apabila anak tiba-tiba menunjukkan perubahan sikap.

Beliau berkata, pihaknya pernah merawat kanak-kanak seawal usia enam tahun yang mengalami gangguan emosi yang boleh membawa kepada kemurungan jika tidak dirujuk lebih awal.

“Jangan malu dengan istilah kesihatan mental kerana ia juga sama penting dengan kesihatan fizikal. Kanak-kanak dan remaja bukan seperti golongan dewasa yang boleh berkongsi dan menceritakan masalah, jadi ibu bapa mesti ambil perhatian sebarang perubahan sikap.

“Kita perlu peka apabila mereka tiba-tiba mengamuk, ponteng sekolah tanpa diketahui sebab, tidak mengendahkan orang di sekeliling atau berhenti melakukan perkara yang menjadi kegemaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Karnival Kesihatan Mental sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian (3) di sini.

Program bertemakan Bebaskan Generasi Kita Daripada Ketagihan Gajet itu dirasmikan oleh Timbalan Dekan (Akademik) PPSP Kampus Kesihatan USM, Prof. Madya Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin.- Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *