Home » Langit Terbuka » Polis tidak pantau rumah ke rumah semasa sambutan Aidiladha

Polis tidak pantau rumah ke rumah semasa sambutan Aidiladha

Orang ramai perlu mengamalkan disiplin kendiri semasa sambutan Aidiladha ini, memandangkan polis tidak akan mengadakan pemantauan rumah ke rumah. - Foto hiasan NSTP

PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pada sambutan Aidiladha kelak, polis tidak lagi akan pergi rumah ke rumah untuk memantau orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ziarah-menziarahi sempena perayaan itu.

Beliau berkata, orang ramai perlu mengawal diri sendiri, keluarga dan masyarakat bagi menjamin keselamatan semua pihak daripada jangkitan wabak Covid-19.

“Sekarang ini isu berkaitan perayaan tidak ada. Jadi polis tidak lagi akan buat pemantaun rumah ke rumah seperti waktu minggu pertama perayaan sebelum ini.

“Walaupun tidak ada polis akan mengawal, untuk keselamatan diri, kitalah jaga diri kita sendiri dan keluarga. Tiada lagi barisan hadapan, maka kitalah patut jadi barisan hadapan,” katanya pada sidang media hariannya di sini, hari ini (14 Jun).

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah polis akan membuat pemantauan ke rumah ketika perayaan, termasuk pemeriksaan aktiviti ziarah.

Semalam Ismail berkata, SOP bagi sambutan Aidilfitri sebelum ini akan diguna pakai ketika perayaan Aidiladha yang dijangka disambut pada 31 Julai depan.

Beliau berkata, seperti Aidilfitri sebelum ini, sambutan Aidiladha hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja dan maksimum 20 orang dalam satu rumah.

Ismail berkata, dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) sehingga tamat kelak, semua pihak perlu mengawal disiplin diri masing-masing.- FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *