COLOMBO, 19 Jun- Pihak berkuasa Sri Lanka menahan seorang anggota polis dan seorang sami Buddha yang dituduh mengetuai kumpulan pelampau membakar masjid dan kedai buku milik penduduk Islam di sini.
Timbalan Ketua Polis, Priyantha Jayakody berkata, rakaman kamera menunjukkan suspek bersama dua orang lagi membakar beberapa bangunan di Panadura pinggir ibu kota.
“Mereka ditahan selepas rakaman CCTV menunjukkan mereka sedang membakar masjid dan sebuah kedai buku milik seorang penduduk Muslim di Panadura bulan lalu,” kata Jayakody kepada pemberita di sini.
Menurutnya, konstabel polis itu dituduh mencetuskan ketegangan kaum dan agama dan penangkapannya adalah usaha membendung keganasan di negara ini.
Keempat-empat tertuduh adalah rakan rapat Galagodaatte Gnanasara, pertubuhan yang dianggotai pelampau Buddha yang mengetuai kumpulan radikal dan terbabit dalam serangan membakar premis perniagaan Islam, tanah perkuburan dan masjid. – AFP
KOMEN