Home » Citra Yadim » Polis Sabah sampaikan sumbangan untuk Program Aceh Dekat Di Hati

Polis Sabah sampaikan sumbangan untuk Program Aceh Dekat Di Hati

KOTA KINABALU 24 Januari – Polis Sabah menyerahkan sumbangan berjumlah RM7,000 kepada YADIM Zon Sabah sempena Program Aceh Dekat Di Hati dalam usaha meringankan beban mangsa gempa bumi di wilayah itu.

Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki  berkata, sumbangan berkenaan akan disampaikan kepada beberapa pihak di Acheh dalam program lawatan yang akan diadakan bermula 26 Januari selama tiga hari.

“Jumlah keseluruhan kutipan yang akan disampaikan ialah RM50,000 namun bukan semua dalam bentuk tunai. Ada juga disampaikan dalam bentuk cek yang dimasukkan ke dalam akaun bank.

“Kita ke sana bukan sahaja untuk menyampaikan sumbangan dari penduduk Sabah, malah melihat sendiri keadaan lokasi itu selepas tragedi gempa bumi selain cuba memberikan semangat kepada masyarakat tempatan,” katanya.

Majlis penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, dalam satu majlis di sini di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah.

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *