Home » Langit Terbuka » PM saran terbitkan himpunan hadis Imam Nawawi

PM saran terbitkan himpunan hadis Imam Nawawi

Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Muzakarah dan Umara sempena Festival Turath Islami Selangor 2023, hari ini. FOTO BERNAMA
Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Muzakarah dan Umara sempena Festival Turath Islami Selangor 2023, hari ini. FOTO BERNAMA

Shah Alam: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil ikhtiar menerbitkan semula himpunan Hadith 40 Imam Nawawi untuk diedarkan di sekolah seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, himpunan hadith terbabit dilihat mampu memberi perkembangan ilmu kepada murid serta pelajar khususnya beragama Islam.

“Cuma oleh kerana Prof Dr Ali Jum’ah (bekas Mufti Agung Mesir) menekankan mengenai Hadith 40 Imam Nawawi itu… mungkin pihak JAKIM dan KPM boleh mengambil ikhtiar menerbitkan semula hadis itu supaya dapat dikirimkan di semua sekolah.

“Ini dapat dipastikan pelajar (Islam) diberikan perkembangan ilmu dan mungkin dengan huraian yang baik juga,” katanya ketika ditemui pada Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor di sini, tadi.

Selain Prof Dr Ali Jum’ah, Muzakarah Ulama-Umara itu turut dihadiri Pengasas dan Pengetua Darul Musthafa di Yaman, Habib Umar bin Hafidz.

Anwar berkata, beliau melihat pengagihan himpunan hadis berupaya memberi kefahaman agama yang lebih baik, selain tidak menjadi sentimen, pertelagahan atau permusuhan sebaliknya mengangkat darjat dengan ihsan dan kasih sayang.

“Islam mesti ditegakkan dengan keyakinan dan ilmu, memahami, mendalami dan mengupas dengan sabar serta kasih sayang. Jadi sebab itu saya sambut (saranan Prof Dr Ali Jum’ah).

“Jadi cadangannya ialah kalau betul dengan kasih sayang, hormat sesama Islam, hormat manusia termasuk bukan Islam, jadi dia (Prof Dr Ali Jum’ah) kata lebih baik anak-anak muslim supaya dibekalkan dengan 40 hadis terbabit,” katanya. -HMETRO

Disiarkan pada: Mei 25, 2023 @ 3:37pm

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *