PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar telah diarahkan untuk melakukan kajian dan menyediakan laporan lengkap berhubung isu pensijilan halal.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata arahan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada Rabu.
Fahmi berkata, Perdana Menteri mahu hasil kajian dan laporan lengkap dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.
“Perdana Menteri sudah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk sediakan laporan, apakah langkah seterusnya untuk dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.
“Jadi, kita akan tunggu hasil laporan dan kajian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang akan dibentangkan minggu depan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, pada Rabu.
KOMEN