Home » Langit Terbuka » PM kurangkan cabutan khas nombor ramalan judi

PM kurangkan cabutan khas nombor ramalan judi

Mulai 1 Januari 2023 cabutan khas perjudian yang sekarang diterima sebagai 22 kali akan turun kepada lapan kali. - Foto Agenda Daily

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membatalkan keputusan sebelum ini yang meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan daripada lapan kepada 22 kali setahun.

Susulan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata bermula 1 Januari depan, cabutan khas berkenaan akan kembali kepada lapan kali.

“Mulai 1 Januari 2023, cabutan khas perjudian yang sekarang diterima sebagai 22 kali akan turun kepada lapan kali,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di bangunan Perdana Putra, di sini, pada 5 Disember.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wajib jihad pertahan Palestin

  Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa berkaitan serangan ganas ke atas Gaza dan pelanggaran gencatan senjata

MTHQK laksana peraturan baharu

KANGAR – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 akan melaksanakan peraturan baharu untuk meningkatkan kecekapan peserta dan mengukuhkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *