Home » Langit Terbuka » PM Kurang Puas Hati Kehadiran Menteri dan Timbalan di Parlimen

PM Kurang Puas Hati Kehadiran Menteri dan Timbalan di Parlimen

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir menegaskan beliau tidak bercadang menetapkan indeks prestasi utama (KPI) untuk mengukur prestasi menteri dan timbalan menteri menjalankan tugas di Parlimen.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  melahirkan rasa tidak puas hati dengan prestasi kehadiran menteri dan timbalan menteri di Parlimen.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan beliau tidak bercadang menetapkan indeks prestasi utama (KPI) untuk mengukur prestasi menteri dan timbalan menteri menjalankan tugas di Parlimen.

“Saya tidak pernah berpuas hati dengan semua perkara, namun menteri dan timbalan menteri perlu meningkatkan prestasi kehadiran mereka di Dewan Rakyat dan mereka perlu ada alasan yang kukuh untuk tidak hadir,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian ditanya sama ada berpuas hati dengan tahap kehadiran menteri dan timbalan menteri di Parlimen bagi menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan mengenakan KPI kerana beliau maklum bahawa menteri dan timbalan menteri mempunyai tugasan lain yang perlu dilaksanakan.

“Sidang Dewan Rakyat ini berjalan hampir separuh hari dan untuk 20 hari persidangan ini sukar untuk mereka hadir dan berada di sini sepanjang hari dan itu tidak praktikal.

“Kita perlukan mereka untuk tugasan lain juga,” katanya

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan diri beliau dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, beliau berusaha sebaik mungkin.

“Saya sudah cuba membahagikan masa sebaik mungkin untuk bekerja 24 jam sehari selagi mampu.

“Jika ada lebih masa hingga 36 jam sehari , saya harap dapat bekerja 36 jam sehari,” katanya berseloroh – HARIAN METRO ONLINE

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/360833/dr-mahathir-tak-puas-hati

Artikel Berkaitan

Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini dalam fasa memulihkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *