Home » Langit Terbuka » PM Kanada tentang Islamofobia

PM Kanada tentang Islamofobia

Justin Trudeau.

QUEBEC CITY 30 Jan. – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menggesa rakyat negara itu supaya bangkit menentang Islamofobia dan diskriminasi.

Trudeau berbuat demikian ketika memperingati peristiwa pembunuhan enam orang Islam setahun lalu di Masjid Quebec.

Perdana Menteri muda itu ketika berucap di parlimen melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan kebencian dan diskriminasi.

Katanya, ia menjadi perlakuan ‘biasa dan seolah-olah ‘dibiarkan’ dan ia tidak sepatutnya sampai ke tahap itu.

“Kita tidak boleh menghidupkan mereka yang sudah mati tetapi kita berhutang kepada mereka untuk menentang sentimen yang menyebabkan kerugian kepada mereka.

“Kita berhutang kepada mereka untuk bersuara, bangkit menentang dan tegas terhadap Islamofobia dan diskriminasi dalam apa juga bentuknya,” katanya.

Pada 29 Januari 2017, sejurus selepas solat Zuhur, seorang lelaki bersenjata menyerbu masuk ke dalam sebuah masjid dan bertindak melepaskan tembakan rambang ke arah jemaah. – AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *