Home » Langit Terbuka » PM Iraq, Ulama Syiah Bentuk Pakatan

PM Iraq, Ulama Syiah Bentuk Pakatan

Perdana Menteri Iraq, haidel al-Abadi (kanan) menghadiri sidang akhbar dengan ulama Syiah, Moqtada al-Sadr di Najaf.

NAJAF – Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi dan ulama Syiah, Moqtada Sadr semalam menyatakan bahawa mereka bersetuju membentuk pakatan bagi mewujudkan sebuah kerajaan baharu susulan pilihan raya Mei lalu.

Moqtada yang menyertai gabungan dengan parti haluan kiri menang 54 kerusi dalam pilihan raya perundangan untuk menjadi blok terbesar dalam parlimen 329 kerusi Iraq, sementara Haider berada di tempat ketiga, memperoleh 42 kerusi.

Satu kenyataan menyatakan bahawa pakatan tersebut dibentuk bagi mengatasi isu berkaitan mazhab dan etnik serta untuk mempercepatkan pembentukan sebuah kerajaan baharu, selain bersetuju atas prinsip yang mengutamakan aspirasi rakyat. – AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *