Home » Langit Terbuka » PM Anwar dihubungi Ketua Hamas, Malaysia nyatakan sokongan kepada Palestin

PM Anwar dihubungi Ketua Hamas, Malaysia nyatakan sokongan kepada Palestin

Anwar Ibrahim berkongsi gambar semasa kunjungan hormat Ismail Haniyeh bersama delegasinya ke pejabat Perdana Menteri pada 24 Januari 2020. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh semalam dan Malaysia menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin.

Dalam catatan di Facebook, Anwar juga memaklumkan Malaysia komited untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan, khususnya dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin yang memerlukan.

“Memandangkan keadaan teruk di Gaza, saya menyokong agar dihentikan siri pengeboman dan mewujudkan koridor kemanusiaan di Rafah, Mesir.

“Israel juga perlu meninggalkan kepatuhan mereka terhadap rampasan kuasa politik, segera melakukan gencatan senjata dengan Hamas dan benar-benar mencari resolusi aman untuk menamatkan konflik yang berterusan,” kata Anwar hari ini.

Perdana menteri juga berkata adalah amat penting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas oleh krisis ini berbanding perkara lain.

Semalam ketika berucap di Dewan Rakyat, Anwar berkata tindakan tegas dan segera perlu dilakukan kerana jika dunia tidak berupaya melakukan apa-apa, bermakna dunia mengizinkan pembunuhan beramai-ramai rakyat Gaza di Palestin. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *