PENGKALAN CHEPA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus prihatin dengan nasib pesakit Covid-19 di negeri ini.
Terbaharu pada 23 Januari, mereka telah menyantuni pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Putik di sini.
Bukan sekadar makanan, YADIM Kelantan turut menyumbang surah Yassin, buku zikir, buku doa harian serta sejadah, telekong, dan kain pelikat selain peralatan mandi.
Untuk kanak kanak pula, disumbangkan alatan permainan dan mewarna serta buku bacaan agar mereka dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat.
Barangan sumbangan adalah daripada YADIM Kelantan serta badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.
Ia disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Yang Berhormat Ahmad Fathan Mahmood, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka.
Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussain, Pengarah Pengarah PKRC Kota Bharu,Dr Nor Azman Yaacob, Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang serta wakil wakil NGO yang bersama YADIM.
Program ini dijayakan dengan kerjasama NGO Gabungan Hadapan Kelantan, Sukarelawan YADIM Kelantan dan Misi Kembara Dakwah.
YADIM Kelantan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada NGO yang terlibat serta orang perseorangan yang memberi kepercayaan kepada YADIM bagi menjayakan program ini.
KOMEN