Home » Langit Terbuka » PGSM berterima kasih kepada Mujahid, Kabinet

PGSM berterima kasih kepada Mujahid, Kabinet

Presiden PGSM, Musa Awang (gambar) berkata, undang-undang yang bakal digubal kelak dapat mengangkat profesionalisme peguam syarie di negara ini. - Foto PGSM

KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Kabinet kerana bersetuju menggubal Rang Undang-udang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan).

Presidennya, Musa Awang berkata, undang-undang yang bakal digubal kelak dapat mengangkat profesionalisme peguam syarie di negara ini.

Katanya lagi, di samping itu dapat membantu menyelesaikan masalah ketidakseragaman dan ketidakselarasan amalan undang-undang di antara negeri.

“Ia juga menjadi bukti bahawa kerajaan memberikan komitmen baik dan bersungguh-sungguh dalam memartabatkan institusi perundangan syariah dan profesion guaman syarie di negara ini.

“Kami berharap RUU berkenaan menjadi model bagi penyeragaman undang-undang profesion guaman syarie di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Hormati Ijtihad Ulul Amri

PARA Ulama’ mempunyai peranan khusus mereka ketika memberi pandangan berdasarkan ilmu mereka, manakala para pemimpin Ulul Amri mempunyai kuasa membuat keputusan selepas

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *