KOTA BHARU – Kewujudan petisyen bagi pemilihan Mufti Wilayah Persekutuan adalah budaya tidak sihat dan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata pemilihan mufti adalah hak Yang di-Pertuan Agong.
“Setakat ini kita belum putuskan calon yang sesuai dan saya harap semua pihak menghormati kerana itu adalah hak Yang di-Pertuan Agong untuk melantik mufti.
“Adalah satu budaya yang sangat tidak sihat dengan adanya undi sokongan, petisyen dan sebagainya.
“Itu bukan amalan biasa. Kita harap perkara itu perlu dihentikan, kerana ia bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Pondok Pasir Tumboh, di sini.
KOMEN