CAKNA Dengan perkembangan semasa, peserta Seminar Kebangsaan Peradaban Islam Dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 18 Oktober menunjukkan solidariti mereka dengan saudara seagama di P@lestin.
Di akhir program, mereka sama sama mengangkat plakad menunjukkan sokongan mereka terhadap perjuangan rakyat P@lestin yang kini ditindas rejim Zioni$.
Malah sepanjang program berlangsung, ahli-ahli panel yang terlibat juga menyelitkan betapa penting untuk para mahasiswa sentiasa cakna dengan sebarang perkembangan semasa.
SPIKEM di UiTM disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelidikan Dakwah YADIM, Datuk Dr. Harlina Halizah Haji Siraj yang dalam ucapannya turut menyentuh mengenai kepedulian bukan sahaja untuk mengingati, malah bertindak dengan daya upaya membantu penduduk P@lestin.
KOMEN