Home » Langit Terbuka » Pesawat Netanyahu dihalang masuk laluan Indonesia

Pesawat Netanyahu dihalang masuk laluan Indonesia

SYDNEY, 23 Februari – Pesawat yang dinaiki Benjamin Nentahayu dihalang memasuki wilayah Indonesia hingga mengakibatkan perjalanan Perdana Menteri Israel itu dari Singapura ke Australia memakan masa lebih 11 jam.

Lazimnya, penerbangan dari Singapura ke Sydney jika tiada masalah besar hanya memakan masa sekitar lapan jam 30 minit, namun jumlah waktu penerbangan yang dinaiki Netanyahu mencecah lebih daripada 11 jam.

Perkara itu didedahkan portal penjejakan penerbangan terkenal FlightAware, yang menunjukkan pesawat rasmi El Al, syarikat udara milik kerajaan Israel terlewat daripada jadual normal.

Akhbar The Guardian melaporkan, seorang anggota delegasi Netanyahu mengesahkan laluan perjalanan mereka, terlambat kerana menghindari ruang udara Indonesia malah terpaksa melalui jarak jauh melintasi negara lain.

Indonesia merupakan negara yang turut mendukung perjuangan rakyat Palestin untuk mendapat kemerdekaan penuh dan hak kedaulatan daripada pendudukan haram rejim Israel sejak 1948.

Negara itu juga tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel bersama-sama jirannya, Malaysia dan Brunei selain 20 buah negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang lain.

Pada Mac tahun lalu, Netanyahu menyeru Jakarta mewujudkan jalinan diplomatik dengan Tel Aviv kerana banyak peluang untuk kerjasama dua hala, terutama dalam bidang teknologi dapat diteroka oleh kedua-dua negara itu.

Bagaimanapun, pemerintah Indonesia bertegas menyatakan bahawa hubungan rasmi dengan Israel hanya akan menjadi kenyataan jika sebuah negara Palestin yang merdeka dapat dilahirkan dan diiktiraf pihak rejim Tel Aviv sendiri.-www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *