PAPAR – Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Pengalat Besar di sini, yang menderita penyakit Talasemia, hari ini (10 Februari) menerima sumbangan untuk meringankan beban keluarganya.
Awang Rafizul Qhusairy Ag Rahim, 12 dikesan mengidap penyakit tersebut ketika berusia tiga bulan dan sejak dari itu, keadaan kesihatannya menjadi tidak menentu.
Baru baru ini, ibu bapanya telah membeli sebuah mesin untuk membantu Awang Rafizul menangani penyakitnya itu.
Prihatin dengan situasi sukar dihadapi keluarga B40 ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah telah membuat permohonan dana kepada pihak bertanggungjawab untuk membantu mereka.
Hari ini (10 Februari) telah diadakan satu acara ringkas penyampaian bantuan oleh Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS). Sumbangan disampaikan oleh pegawai PBNS, Mohd Suhailey Mat Johin di kediaman Awang Rafizul di sini. YADIM diwakili oleh Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.
KOMEN