SIJANGKANG – Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 19 Oktober, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat, telah menyantuni para pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Dialisis Sijangkang di sini.
Seramai 17 pesakit yang sedang menjalani rawatan disantuni SAY Kuala Langat. Turun padang ke program ini ialah Pengerusinya, Hasmawi Mahidin dan Setiausaha Kerjanya, Hanizah Sumiri.
Selesai di pusat dialisis, SAY Kuala Langat mengunjungi pula kediaman seorang warga emas di sini yang mengalami kesukaran untuk bergerak, Banun Mokhsin bagi menyampaikan bantuan kepadanya.
SAY Kuala Langat kemudiannya menuju ke Batu 9 Kebun Bharu untuk menyantuni seorang lagi warga emas, Taipur Darso juga bagi menyantuni lelaki warga emas ini.
Program ini juga merupakan sebahagian pengisian program Bulan Dakwah 2.0 pasukan ini.
KOMEN