Home » Langit Terbuka » Perutusan Tahniah MPWIM

Perutusan Tahniah MPWIM

MPWIM mendoakan semoga Yang Amat Arif Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab secara adil untuk sentiasa menegakkan kebenaran sebagaimana yang diperintahkan Allah SWT. - Foto MPWIM

PUTRAJAYA – Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Arif Datuk Tengku Maimun Tuan Mat diatas perlantikan sebagai Ketua Hakim Negara.

Ia merupakan saat yang cukup membanggakan apabila beliau mencipta sejarah negara selaku wanita pertama dilantik ke jawatan tersebut.

MPWIM mendoakan semoga Yang Amat Arif dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab secara adil untuk sentiasa menegakkan kebenaran sebagaimana yang diperintahkan Allah SWT.

Semoga perlantikan ini menjadi inspirasi kepada semua wanita untuk terus memainkan peranan mereka dalam membangunkan negara Malaysia.

Dr Hafidzah Mustakim
Pengerusi MPWIM YADIM
28 Syaaban 1440H/3 Mei 2019M

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *