Home » Langit Terbuka » Pertingkat silibus KAFA untuk generasi akan datang

Pertingkat silibus KAFA untuk generasi akan datang

Kebajikan 35,000 guru KAFA akan sentiasa diberi perhatian untuk penambahbaikan oleh JAKIM, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto MyNewsHub

SANDAKAN- Kerajaan akan memastikan silibus Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Albakri berkata langkah itu adalah untuk mempersiapkan anak-anak generasi Islam dalam mendepani cabaran di masa hadapan.

“Dalam masa yang sama, kebajikan 35,000 para guru KAFA juga akan sentiasa diberi perhatian untuk penambahbaikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya.

Zulkifli berkata demikian menerusi ciapan di Twitter rasminya selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2019 Peringkat Daerah Sandakan di Hotel Pavillion, Sandakan.

Turut hadir Pengarah JAKIM Sabah, Norjeli Dais dan Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM, Hashim Salleh. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *