Home » Citra Yadim » Pertemuan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama bersama influencer media baharu

Pertemuan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama bersama influencer media baharu

PUTRAJAYA – Majlis Pertemuan Timbalan Menteri Agama bersama Influencer Media Baharu anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berlangsung pada 23 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Acara ringkas ini antaranya bertujuan menjalin kerjasama dan mendekati influencer yang telah menempa nama terutama dalam platform media sosial yang mana didominasi oleh golongan anak muda.

Antara yang dibangkitkan termasuklah untuk mengatasi cabaran dalam mencipta budaya kerja yang mantap.

Para influencer juga diseru agar bertanggungjawab dalam menyampaikan serta menyebarluaskan mesej terutama dalam pemilihan kandungan selain diingatkan agar sentiasa menyemak hasil karya yang dihasilkan sebelum disebarkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary antara lain dalam ucapanna turut mengingatkan para influencer yang hadir supaya jangan membuka aib di media sosial dan sentiasa membina suasana yang baik kerana golongan influencer ini berpotensi besar dan berpengaruh dalam menyampaikan input yang positif mahupun sebaliknya.

Seterusnya beliau menekankan agar agensi agama seperti  JAKIM dan YADIM untuk bekerjasama dalam program mendatang yang melibatkan influencer supaya kelestarian dakwah dapat dicapai pada impak semaksima yang mungkin.

Dalam majlis yang sama, turut dilancarkan buku Manual Komuniti Hijrah Lesbian dan Gay yang diterbitkan oleh JAKIM.

YADIM menghantar beberapa orang Daie Muda yang mempunyai pengaruh dan ramai pengikut di media sosial dalam majlis ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *