KUALA TERENGGANU – Pertemuan YADIM Terengganu bersama sebanyak 40 badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang hadir dari seluruh negeri ini telah diadakan di Duyong Marina Resort pada 25 Februari.
Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Antara yang disentuh dalam ucapannya termasuklah harapan kerajaan negeri agar NGO-NGO Islam ini memainkan peranan bersama untuk kekuatan dan penyatuan ummah.
“Kerajaan Terengganu mengalu alukan penganjuran program seperti ini.
“Ini kerana NGO NGO ini ada peranan tersendiri yang besar dan perlu diakui,” ujar beliau.
Katanya lagi, NGO NGO ini berlu bersama serta menyahut inpirasi dan agenda kerajaan negeri untuk mengajak manusia ke arah kebaikan sekaligus melestarikan gerakan dakwah.
Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dan Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia Negeri Terengganu, Dato Dr Abd Rashid Che Ali antara yang hadir ke program ini.
Dalam pada itu pada 26 Februari, YADIM Terengganu telah menganjurkan Program Berkhatan Is’adul Usrah bertempat di Dewan Wan Kamal Masjid Makmur di sini.
Seramai 19 kanak kanak dari sekitar kariah masjid menyertai program ini.
KOMEN