Home » Citra Yadim » Pertandingan Video Pendek Cinta Muamalah tawar hadiah lumayan

Pertandingan Video Pendek Cinta Muamalah tawar hadiah lumayan

PUTRAJAYA 2 Okt. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mempelawa para pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah untuk menyertai Pertandingan Video Pendek Cinta Muamalah 2017 yang menawarkan hadiah lumayan dalam dua kategori pertandingan.

Pengurus Besar Operasi YADIM, Redhauddin Kamaruzzaman berkata, dalam pertandingan itu pelajar sama ada individu atau berkumpulan tidak lebih lima orang hanya perlu menghasilkan video pendek berdurasi lima minit mengenai salah satu tema yang ditetapkan.

Beliau berkata, tema yang ditetapkan ialah `Pelaburan Patuh Syariah’ yang merangkumi tajuk seperti `Jerat Skim Cepat Kaya’,` Tip-Tip Pelaburan Patuh Syariah`, `Pelaburan Haram Internet`, `Konsep Gadaian Dalam Islam’ dan `Gadaian Emas Punca Pendapatan’.

“Manakala satu lagi tema ialah `Takaful’ dengan tajuk yang ditetapkan adalah `Industri Takaful Di Malaysia, `Keperluan Takaful Dari Perspektif Syarak’ , `Perbezaan Antara Takaful Dan Insurans’, `Takaful Sebagai Salah Satu Tempat Pelaburan’ dan `Hibah Takaful Elak Masalah Agihan Harta Pusaka’,’’ katanya.

Beliau berkata , tarikh tutup peraduan ini adalah pada 30 Oktober depan dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urusetia melalui talian 03-88703870 atau 011-21282125 (Afiqah) dan 011-36224418 (Muzafar).

Beliau berkata, pertandingan berkenaan adalah kali kedua diadakan setelah berjaya melaksanakannya pada tahun lepas bersama rakan strategik iaitu Persatuan Takaful Malaysia (MTA) serta beberapa penaja yang lain.

Katanya, YADIM menyasarkan golongan muda khususnya para pelajar IPT dan sekolah untuk menyertai pertandingan ini kerana golongan berkenaanlah sepatutnya diberikan pendedahan mengenai pelaburan dan takaful Islam dengan seluas-luasnya.

Menurutnya, pada kali ini pemenang bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai RM3,000, diikuti dengan pemenang kedua RM2,000, ketiga RM1,000 serta dua pemenang saguhati akan menerima hadiah RM500.

 

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *