Pertandingan Mencipta Video Pendek Fastabiqul Khairat, Mengejar Kebaikan merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan hasil inisiatif daripada Yayasan Dakwah Islam Malaysia dan IPTA/IPTS di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Melalui pertandingan ini, YADIM ingin menyemarak sifat-sifat yang baik di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
`FASTABIQUL KHAIRAT, MENGEJAR KEBAIKAN’ dipilih sebagai tema kerana ia membawa satu mesej yang universal yang mengajak manusia untuk membuat kebaikan dan ia boleh dipaparkan melalui penghasilan video pendek.
Perkataan `FASTABIQUL KHAIRAT’ dipetik daripada Surah Al Baqarah ayat 148:
Maksudnya:“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam pelbagai bentuk genre sama ada dokumentari, sketsa pendek, iklan, animasi, motion graphic, mesej khidmat awam dan lain-lain.
Pertandingan ini terbuka kepada semua yang berusia di antara 16 hingga 40 tahun.
Jangka masa (durasi) video yang dihasilkan adalah di antara 2 hingga 3 minit.
Tarikh Tutup Penyertaan : 15 November 2020
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan.
Penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada 15 November 2020 kepada Sekretariat Pertandingan seperti yang dinyatakan di bawah. Penyertaan yang tiba lewat daripada tarikh tutup tidak akan diterima.
Durasi video hendaklah di antara 2-3 Minit.
Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan, animasi, motion graphic atau mesej khidmat awam yang memaparkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai dalam mana-mana festivel filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Individu dan setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Penyertaan adalah percuma.
Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
Hak cipta produksi adalah hak milik YADIM. Peserta mestilah membenarkan YADIM selaku urus setia Pertandingan Mencipta Video Nilai-nilai Murni Dalam Kehidupan menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap filem pendek penyertaan bagi tujuan penyiaran.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan. Peserta perlu memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan video bebas daripada tuntutan royalti dan sebagainya.
Penyertaan perlu dihantar ke messenger terus ke Facebook YADIM dan maklum balas penerimaan akan diberikan oleh urus setia pertandingan. Penghantaran Video Pendek
hendaklah dihantar bersama:
A : #videopendekyadim20, dan
B: Maklumat Peserta : Nama, No.Kad Pengenalan,No. Telefon,Agensi & Alamat dan alamat e-mel.
PERMARKAHAN
Juri awam 20 peratus
Ulasan yang diajukan oleh netizen terhadap video dalam ruangan komen.
Jumlah “LIKE”, tontonan dan “SHARE”.
Juri profesional – 80 peratus
Menepati Tema – 20 peratus
Kandungan dan Bahasa – 30 peratus
Aspek Teknikal; mesej, penceritaan, sinematografi – 30 peratus
HADIAH
Hadiah tempat pertama : RM5,000.00 untuk setiap individu/kumpulan berserta sijil penyertaan.
Hadiah tempat kedua : RM1,500.00 untuk setiap individu/kumpulan berserta sijil penyertaan.
Hadiah tempat ketiga : RM1,000.00 untuk setiap individu/kumpulan berserta sijil penyertaan.
12 hadiah sagu hati : RM200 untuk setiap individu/ kumpulan berserta sijil penyertaan.
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Media dan Teknologi Dakwah melalui talian 03-88703870 atau emel kepada pr@yadim.com.my atau paskom@yadim.com.my.
KOMEN