SERAMAI 1,200 peserta dalam dan luar negara menyertai Pertandingan hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan Itqan – Sesi (16) 2024 yang kini sedang berlangsung.
Program ini dianjurkan Yayasan Pendidikan Itqan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kedutaan Diraja Arab Saudi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus yang mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr Zulkifli Hasan pada 8 Mac.
Dalam ucapannya, beliau menekankan betapa para huffaz bertanggungjawab sekadar menghafal Al Quran tetapi juga mengamalkan ajaran kita suci berkenaan dan mengaitkannnya dengan kejadian alam.
Pertandingan ini berlangsung pada 8 Mac hingga 18 Mei nanti.
KOMEN