Home » Citra Yadim » Pertandingan Cipta Logo Baharu MAWAR – YADIM

Pertandingan Cipta Logo Baharu MAWAR – YADIM

PUTRAJAYA – Sesuai dengan usaha memartabatkan wanita dan menggiatkan gerak kerjanya, Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menganjurkan pertandingan mereka cipta logo mereka.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas.

Menurut MAWAR, peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan menggunakan borang penyertaan rasmi (setiap penyertaan mesti diisi di dalam borang berasingan).

Peserta juga hendaklah memastikan logo yang dihasilkan adalah ciptaan yang asli dan tidak ditiru dari mana-mana persatuan/ pertubuhan/ agensi dan lain-lain.

“Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik YADIM sepenuhnya.”

“Semua logo yang diterima oleh pihak YADIM akan menjadi hak milik YADIM dan tidak akan dikembalikan. Pihak YADIM berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai ataupun bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak bagi tujuan menggunakannya sebagai logo rasmi,” kata MAWAR lagi.

Tambahnya, YADIM berhak menggunakan semula, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium tempatan tanpa notis atau pembayaran kepada para peserta.

Borang penyertaan boleh dimuat turun di laman web YADIM atau di laman facebook Mawar-Yadim

Borang Penyertaan TIDAK BOLEH dihantar melalui mesin faksimile.

Penyertaan hendaklah dihantar pada atau sebelum 31 Julai 2019.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *