Home » Citra Yadim » Persidangan Meja Bulat Pentadbir Madrasah, Maahad Tahfiz dan Pondok di Sabah

Persidangan Meja Bulat Pentadbir Madrasah, Maahad Tahfiz dan Pondok di Sabah

KUNDASANG – YADIM Kedah telah menyertai Persidangan Meja Bulat Pentadbir Madrasah, Maahad Tahfiz dan Pondok yang diadakan pada 31 Januari 2022 di Masjid Jamik Kundasang, di sini.

Ia merupakan anjuran bersama Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Sabah (PISA) dan Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) Kedah sempena lawatan mahabbah HESA dan YADIM Kedah ke Sabah  bermula 27 Januari hingga 1 Februari 2022.

Hadir dalam persidangan ini ialah
Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi HESA Kedah, Yang Berhormat Senator Dato’ Ustaz Haji Ahmad Yahaya, Pengarah YADIM Kedah, Mohd Aizat Zakaria dan Pengerusi PISA Sabah, Cikgu Anuar Ali.

Persidangan ini bertujuan membincang halatuju institusi pendidikan yang bernaung dibawah PISA dan menjadi platform bertukar pandangan antara YADIM, HESA dan PISA.

Turut hadir Ustaz Mohamad Ismail, Ketua Pengarah Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI)  Malaysia serta para pentadbir madrasah, maahad tahfiz dan pondok negeri Sabah.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *