Home » Citra Yadim » Persaingan empat penjuru pentas akhir Hijrahkan Laguku malam ini

Persaingan empat penjuru pentas akhir Hijrahkan Laguku malam ini

KUALA LUMPUR – Program realiti, ‘Hijrahkan Laguku’ peringkat akhir bakal menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan penyanyi lama dan baharu.

Bakal berlangsung malam ini (8 Januari), Iwan Shahman dan Datuk Nashbakal berentap dengan Shahir Zawawi dan Mark Adam.

YADIM merupakan rakan kerjasama dan penaja program yang bersiaran di TV Al Hijrah ini.

Menerusi slot terakhir Hamparan dalam rancangan ini, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief bin Tuan Soh menjelaskan, hiburan yang dipersembahkan dengan adab, tertib dan cara yang betul adalah satu jalan dakwah yang berbentuk seruan yang mengajak dan satu interaksi yang menjadikan Allah sebagai agenda utama.

“Insan seni seperti golongan penyanyi ini mempunyai potensi besar dalam menyampaikan dakwah dengan lebih kreatif seterusnya dapat menyebarluaskan lagi ajaran Islam dengan lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau turut  mengajak  insan seni yang hadir untuk sama-sama dengan pihaknya bagi mengembangkan lagi jalan dakwah dengan pelbagai warna dan seni agar ianya dapat dirasai bukan hanya pada golongan ilmuwan dan agamawan semata, malah dapat menyerap ke seluruh lapisan masyarakat. 

Dalam sesi ini, Datuk Nash menyatakan bahawa beliau amat bertuah kerana Hijrahkan Laguku bukan hanya sekadar hiburan kerana ianya juga sentiasa mengingatkan golongan seperti mereka supaya mendalami Islam dengan kaedah yang berbeza.

Iwan Syahman juga begitu terharu kerana dengan asbab program ini, beliau dapat menambah baik lagu yang pernah didendangkan suatu ketika dahulu iaitu Memori Daun Pisang akan mendapat sentuhan dakwah serta persembahan yang berbeza yang akan disampaikan pada pentas akhir program ini.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *