Home » Langit Terbuka » Perlembagaan Jamin Kedudukan Institusi Beraja – Rais Yatim

Perlembagaan Jamin Kedudukan Institusi Beraja – Rais Yatim

Tan Seri Rais Yatim meminta masyarakat terutama orang Melayu supaya jangan bimbang mengenai kedudukan institusi beraja di negara ini, yang didakwa akan tergugat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

BANGI – Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Rais Yatim berkata peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menjamin kedudukan dan kelestarian institusi beraja di negara ini.

Di bawah Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, katanya, perkara berkaitan dengan Raja dan hak-hak istimewa, kebesaran dan kedudukannya tidak boleh langsung dibawa ke Parlimen untuk dipinda kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat terutama orang Melayu supaya jangan bimbang mengenai kedudukan institusi beraja di negara ini, yang didakwa akan tergugat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menjadi panel Bicara Persada Ke-46 di Persada Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Bicara Persada ‘Mendepani Cabaran Melestari Institusi Beraja’ anjuran UKM itu turut disertai Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, Felo Utama Institut Kajian Etnik UKM Prof Datuk Dr Teo Kok Seong dan Exco Pendidikan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia Mohd Asyraf Mustaqim Badrul Munir. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *