Home » Langit Terbuka » Perkahwinan Budak 11 Tahun Tidak Sah – TPM

Perkahwinan Budak 11 Tahun Tidak Sah – TPM

Dr Wan Azizah berkata pasangan itu perlu dipisahkan kerana perkahwinan itu tidak mendapat kelulusan mahkamah syariah.

KUALA LUMPUR – Perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Gua Musang, Kelantan yang tular di media sosial sejak Jumaat tidak sah dari segi undang-undang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini kerana perkahwinan itu tidak mendapat kelulusan daripada mahkamah untuk bapa kanak-kanak itu mewalikan anaknya selain menjadi isteri kepada orang yang lebih tua sekali gus kanak-kanak itu di bawah umur.

“Saya sudah berbincang dengan seorang hakim daripada mahkamah syariah dan saya diberitahu di bawah Seksyen 8, perkahwinan ini tidak sah, kerana mereka tidak dapatkan kelulusan mahkamah syariah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Jamuan Tertutup Ekslusif Sambutan Aidilfitri bersama 2,000 anak yatim asnaf 2018 di Setiawangsa, semalam.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perkahwinan-budak-11-tahun-tidak-sah-dr-wan-azizah-179342

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *