SIRI Perjumpaan bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Negeri Kelantan diteruskan pula bersama ahli di jajahan Bachok.
Seramai 11 orang ahli SAY jajahan Bachok hadir dalam perjumpaan bersama pengurusan YADIM Negeri Kelantan dalam satu majlis pada 10 Februari.
Perjumpaan ini bertujuan menghimpunkan sukarelawan dari jajahan ini untuk mengeratkan silaturrahim selain merancang gerak kerja badan dakwah ini sepanjang tahun 2025.
Turut diadakan dalam perjumpaan ini ialah pemilihan kepimpinan SAY jajahan Bachok bagi merancakkan lagi aktiviti dakwah yang akan dirancang pada tahun ini.
Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan ialah Penyelaras SAY Negeri Kelantan, Encik Aidi Kussuma Mamat.
Tahniah diucapkan kepada Encik Abdul Hapiz Daud yang telah dipilih untuk mengetuai SAY jajahan Bachok.
KOMEN