Home » Citra Yadim » Perbincangan Sistem Pawah YADIM dengan Mufti Wilayah Persekutuan

Perbincangan Sistem Pawah YADIM dengan Mufti Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Sebagai salah satu usaha untuk mempelbagaikan jalur dakwahnya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini dalam perancangan awal untuk melancarkan sistem pawah.

Bagi tujuan itu, pada 20 September lalu satu pertemuan telah diadakan dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Sri Dr. Zulkifli Al Bakri di sini, bagi membincangkan serta memastikan program ini nanti benar benar patuh Syariah.

Mewakili YADIM dalam perbincangan ini ialah Timbalan Yang Dipertuanya (TYDP), Ustaz Zaidi Ramli, Ustaz Mohd Firdaus Muhd Rusli (Pegawai Khas TYDP), Ustaz Arif Adzwan Ali (Unit Sosial BKKM) dan Ustaz Norisham Hamzah (Ketua Unit Dakwah Siber).

Dalam pada itu, Dr Zulkifli menjelaskan beberapa perkara yang menjadi faktor pematuhan syariah dalam sistem pawah ini ialah pemilik harta sebenar, perkongsian untung dan rugi, tanggungan liabiliti dan aqad.

Ustaz Mohd Zaidi Ramli berkata, Muamalah Islam itu bagus tetapi lebih elok lagi jika sesuatu pekerjaan dirujuk kepada mufti untuk lebih jelas cara untuk patuh Syariah.

Sistem Pawah Yadim (SPY)  akan dilaksanakan secara kolaborasi bersama Bahagian Pembangunan Komiditi Ternakan, Kementerian Pertanian Industri Asas Tani.

Ia dilihat mampu membantu golongan asnaf menaik taraf kehidupan mereka dengan menjalankan perniagaan penternakan yang dikendalikan oleh YADIM.

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *